"Ya c'(_l_)l..semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaanku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling ku rindukan ialah saat berjumpa denganMu"..


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Sabda Rasulullah, siapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya....
Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”kita tak perlu mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNYA supaya kita lebih akrab dengan ALLAH...


Dlm khalayak ramai aku berseorangan,tiap-tiap org menyangka die itu sahabatku,tetapi tiada siapa yg tahu rahsia di jiwaku,aku pohonkan dariMU seorang sahabat yg bersimpati dan mengenal rahsia keadaanku,

seorang sahabat yg dikurniakkan kebijaksanaan,agar aku boleh letakkan tangisku dlm jiwanya,dan melihat semula wajahku dlm hatinya..

Aku teringin mnemui sseorang yg bila aku brjumpa dgnnya aku dpt 'sesuatu' darinya yg mberi ktenangn..

* bila dpandang wajah'y aku akan mngingati ALLAH..

* bila brdamping dgn'y, ILMU Ku akn brtambah & KEIMANAN akan mningkat..

* ssorg yg mpunyai hati & wajah yg tenang,bukan krn cantik tetapi kerana datangnya daripada pancaran nur yang mana hatinya & dirinya yang sentiasa menjaga hablumminallah...'destinasi cinta' hanya utk Allah yg esa..sayang Allah, cinta Allah, rindu Allah utk selama2nya...
I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك
How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
saiful hafiz: that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيم
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر
in UsrAh toDay....tafSir..suraH Ali-ImRan..138-139

138 : Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.


139 : Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kami paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.

what did I Got FroM..AYat iNi...
DIA syangkan kita..hamba-hambanya...sebab itu kita diuji...dan Allah xkan uji kta jika kta tdk mampu...bila Allah memberi kta ujian..tndanya Allah melihat kta...mmerhatikan kta...
ana pn skrng di uji...trsa lemah sgt...namun bla bca n mendalami ayat ini..Maha Suci ALlah..srba sdkt dpt sumber Kekuatan...benarlah AL-QURAN itu penawar..(syifa)...bila kta letak ALLAH dan Al-QURAN dihati..insyaAllah segalanya damai...

YA ALLAH..kurniakan ku kekuatan..sesungguhnya engkau adalah sumber kekuatan ku...istiqamahkn driku dalam redha Mu ya ALLAH...hatiku ini amat merindui MU...para syuhaDamu...tabahkan hatiku YA ALLAH...apa yang terbaik buatMu..adalah yang terbaik buat ku...




Nice Song...frOm MawaddaH gRoup...

Cinta MencinTai

Ya Allah
Engkau kenalkan bahawa engkau adalah Tuhan
Aku bangga

Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku
Aku sembah sengkau selalu
tidak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku jemu dengan Mu

Ya Allah
Aku redha engkau adalah Tuhanku
Jangan engkau tukar redhaku selain Mu
Aku harap engkau juga redha denganku
Redha meredhailah kta berdua hingga bertemu

Ya Allah
Aku berlindung dengan engkau
Daripada bertuhankan selain Mu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki engkau aku rasa bahagia

Jangan engkau jadikan aku
Memiliki selain Mu

Tuhan..
Kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintai Mu
Tapi tidak benci walaupun begitu
Jangan pula engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintai mu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Dengan rahmatMu Tuhan
Anugerahkanlah rasa cintaku kepadamu
Dan juga cintaMu kepada ku
Ku harap kita cinta mencintai
Kita berdua cinta mencintai biarlah kekal abadi..
Wahai TUHAN....

Pemergianmu

(Ya Rasulullah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia...kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

17/10/2008....seperti biasa...rutin hari jumaat ku...USRAH...shbt2 yg amat ku rindu...yg amt menenangkn jiwa ku...yAAllah..moga kau terus ttpkn diriku di dlm urusan Mu....
today..i've to translate details about surah al-masad..also known surah al-lahab...

contains 5 ayat....surah makkiyah..surah ke 111

asbabul nuzul.....Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,
Wahai kamu semua, mari ke mari!
Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata
Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?
Mereka membalas,
Ya kami percaya!
Rasullah menyambung pula
Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang telah diutuskan kepada kalian semua sebelum tibanya hari pembalasan kelak.
Maka Abu Lahab bersuara:
“Celakalah kau untuk ini sahajakah kamu kumpulkan kami semua.”Maka Allah turunkan surah ini, surah Al Masad, binasalah kedua tangan Abu Lahab hingga akhir ayat. Dalam riwayat lain Abu Lahab berdiri sambil tangannya memegang debu pada tangannya dan berkata, celakalah hari kemudian mu Muhammad, hanya untuk ini sahajakah kau kumpulkan kami semua!

Surah ini menerangkan kpada kita..balasan Allah tdk mengenal siapa pn kita...kedudukan kta...saudara mara kita..hatta kta lahir dr generasi islam yg unggul, jika dri kta tidak memiliki iman trsebut...kta tdk akan trlepas dr hukum Allah..lihatlah Abu Lahab...bapa saudara Rasulullah...tidak mnrima islam...agama yg mulia disisi Allah...hatta anak saudaranya sendiri adalah kekasih Allah..benarlah lagu..."iman tak dpt diwarisi dr seorang ayah yg bertaqwa"....bagaimanakah perasaan kta..ketika Rasulullah di caci/dihina...sbgaimana murkanya Allah kpd Abu Lahab,ktka mencaci Rasulullah....shngga tiada siapa pn dpt menyelamatknnya dr seksaan Allah,hatta isteri n anak2nya...adkh kta akn merasa sdmikian ktka mndngr,mlhat Rasulullah dihna,dcaci...tepuk dada tnya iman kta...

"Ya Rasulullah...Kau tinggalkan kami warisan yang abadiDan bersaksilah sesungguhnyaKami merinduimu"

Lebih kurang 3 minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam>> hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan kemkamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki. Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertentu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerja di pejabat-pejabat. Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas. Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kerana ia merupakan PERMINTAAN SUATU KETENTUAN. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.

Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T, mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Umar Bin Abdul Aziz berkata:

" Tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar melainkan Allah akan MENGGANTI YANG LEBIH BAIK BAGI DIRINYA".
hurrmmm...final tnggl bbrapa minggu je lg...Ya ALLah...terlalu pntas msa berjalan....peRseDiaaN xcUkup LagI...semngAt Pun DaH down...lpS tGk reSulT Mid TeRm EkOnoMi....uMur Dh Lanjut...ermm...ini kaH DugAaN...Ya AllaH...bEraDa Di DaLam keLas skRang...mEmbuAt kan DrikU teRasa KerdiL sgt2...TerLalu SedIkit IlmU....mAmPukah AkU...???....YA AllAh....kuRniakAn Ku KekUatAn daN SemAnGat YaNg keNtaL...uNtuk MeneMpuH..HarI-haRi MenDataNg YanG peNuH duGaAn daN cAbarAn....

" Sesungguhnya hati orang yang beriman itu dapat merasakan betapa sakitnya membuat dosa... Setitik dosa itu dirasakan bagai gunung yang menimpa... Terasa jaraknya dari ALLAH makin jauh...Jalannya semakin terpesong..Hatinya resah gelisah...bagaikan mencari sesuatu yang telah hilang...Lalu ALLAH menunjukkan jalan...ALLAH memimpinnya...ALLAH melihatnya...ALLAH terima taubatnya...ALLAH mengasihinya...betapa besar dan hebatnya kasih sayang ALLAH pada kita..hambanya yang sering alpa....adakah kita tergolong dalam golongan ini???...tepuk dada tnya iman....ALANGKAH INDAH HIDUP BERSAMA ILAHI...."