"Ya c'(_l_)l..semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaanku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling ku rindukan ialah saat berjumpa denganMu"..


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kerana ia merupakan PERMINTAAN SUATU KETENTUAN. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.

Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T, mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Umar Bin Abdul Aziz berkata:

" Tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar melainkan Allah akan MENGGANTI YANG LEBIH BAIK BAGI DIRINYA".

0 comments: