"Ya c'(_l_)l..semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaanku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling ku rindukan ialah saat berjumpa denganMu"..


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Analisa, analisa, analisa siapa kita
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama

Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibahhilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya
Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kitaAnalisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

by ~ ShouTul AmAL ~

1 comments:

محمد عرفان بن عبدالراني said...

salam perkenalan...ana irfan dari kariah surau al-amin sek.18...

minat Shoutul amal ye ? hahaha..
Imam 3 kat surau aku ni merupakan bekas Ketua kumpulan nasyid ni...prcaya tak agak-agak ?


http://suraualaminshahalam18.blogspot.com/2009/10/biodata-imam-ke-3.html