"Ya c'(_l_)l..semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaanku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling ku rindukan ialah saat berjumpa denganMu"..


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
************ ********* ********* *****
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat...
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentangIsteri dikatakan lemah...
bergelut di dapur memasakSuami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesakBerehat,
menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masaMemandikan anak,
melipat pakaian Dan membasuh baju
************ ********* ********* *****
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengajiS
edang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi
************ ********* ********* *****
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diamWanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
************ ********* ********* *****

0 comments: